-
bukti cinta??
- With 4 comments
Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri
berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di
sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri
bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka…
Isteri: Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami: Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri: Abang tak boleh terangkan sebabnya?
Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan
abang tidak boleh menerangkannya.
Suami: Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri: Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak
abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang
mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa
mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang
tidak boleh terangkan sebabnya
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata
“Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai
suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga
sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah
cinta Abang bersama Sayang!”
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya
tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan
dan koma.
Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya
yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di
hospital. Surat tersebut berbunyi begini:
“Sayang!
Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai
mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak
boleh mencintai mu.
Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu…. sekarang
bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu
dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala
perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang.
Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”
(creditted to Falhan..thanx 4 d email ^_^)
There are 4 comments
¬ fadh.ahmad
# November 11, 2009 at 9:49 PM
soooo syweeettttt....sayang....~
i lyke dis...=D
¬ beskot cepsmor
# November 11, 2009 at 9:51 PM
thanx :)
¬ fadh.ahmad
# November 11, 2009 at 9:54 PM
cepatnye reply...
huh~
g la isp rokok lagi nueh~
wek~
¬ beskot cepsmor
# November 11, 2009 at 10:24 PM
@_@
conteng-conteng