n3 terbaru
-
nak hadiah?
- Article wrote by beskot cepsmor
- With 0 comments
-
3 sekawan yg sengal
- Article wrote by beskot cepsmor
- With 2 comments
Ada di sebuah bandar...ada 3 orgn kekawan yg sedang berjalan2 di tepi bandaraya...seorang bernama aman tapi hilang pengelihatan..seorang lagi bernama Asrah...tapi mulutnya sumbing..dan seorang lagi bernama Ali..tapi tidak memiliki pendengaran seperti orang lain..
Pada suatu hari mereka bertiga berjalan ditepi bandar dengar sebuah motor yang dipandu oleh Aman...
Aman: Hai kamu orang nie nak gi mana nie.?
Asrah: gs maneg ajeng...lang..(perkataaan sumbiing)
Ali: Eh korang dua nie kalo ada nampak org pakai baju acam tu(baju traffic) kamu org pandu laju sikit ye..nanti kita kena tangkap..
Aman: kenapa pulak dia nak tangkap kita.?kita tak buat salah pun
Ali : Aik, awak jan macam-macam Aman...Awak tu tak ada lesen memandu walaupun ....
Sampai di suatu destinasi tanpa diduga .....
Asrah:eh.eh...eh.tegafit....tegafit...tegafit....!!!!
Aman: apa bendanya tu....
Asrah: tegafit..tegafit...
Ali: Teraffic ....?
Aman: cepat lari....cepat
Tak semena2mya mereka bertiga terhumban di dlam longakang...
dalam 15 minit kemudian mereka bertiga dikejar kan di hospita...
Aman: Tulah korang tak bilang betul2 kat saya..
Asrah: Tulah kofang taf denfang afu katang..
Rupanya Asrah menjerit kerana kakinya tergepit.....
tapi pendengaran Aman dan ali Teraffic...
"ngan ahit hini, hini owijinal"(jgn jahit sini,ini original) sambil menunjukkan mulutnya.
-
melayu??arab??
- Article wrote by beskot cepsmor
- With 1 comment
Kelebihan Melayu Berbanding Arab
Ini ada 2 cerita yang menunjukkan orang melayu mempunyai tutur kata ARAB yang lebih baik dari orang arab.Cerita 1:
Kasim bekerja di stesen minyak Petranos, Jalan Ampunk. Dia selalu melayani pelanggan yang ingin mengisi minyak kedalam kereta. Pada suatu hari pam minyak di stesen tersebut telah kehabisan minyak dan perlu menunggu lagi 4 jam untuk minyak diisi semula kedalam tangki besar. Kasim akan memberitahu kepada pelanggan bahawasanya minyak telah kehabisan. Tiba-tiba datang satu pelanggan berbangsa Arab bersama kenderaan yang ingin mengisi minyak. Kasim yang menggelabah akibat tidak tahu bercakap arab terpikir satu ayat arab yang biasa digunakan untuk menggambarkan sesuatu itu habis. Kasim berkata kepada orang Arab tersebut " Encik, minyak sudah SADAQALLAHULLA'ZIMMM".
Cerita 2:
Azlan telah pergi berUmrah ke Mekah dengan pengetahuan bahasa arab yang sedikit. Dia faham apa yang dikatakan dalam bahasa arab tetapi dia kekok untuk bercakap. Nak dijadikan cerita ada seorang arab dari luar Mekah tidak tahu arah di mana hotel penginapannya. Dia terjumpa Azlan yang sedang berjalan seorang diri. Orang Arab itu pun bertanya kepada Azalan dalam bahasa Arab "Boleh awak beritahu jalan manakah yang perlu saya ikut untuk sampai ke hotel ini?(setelah diterjemah ke BM)". Azlan tahu arah hotel tersebut dan faham apa yang orang arab itu katakan tetapi dia tidak tahu menjawab dalam bahasa Arab dengan baik. Setelah berfikir, lalu Azlan pun menjawab " IHDINAS SHIROOTHOLMUSTAQIMM" yang bermaksud "INILAH DIA JALAN YANG LURUS". Maka orang Arab tadi pun kagum bukan kepalang kerana orang melayu yang tidak bercakap arab ini pun menggunakan bahasa Al-Quran untuk berkomunikasi.
-
minta naik gaji
- Article wrote by beskot cepsmor
- With 0 comments
Nama pekerja: ZAKARIA (hmmm...kalau nak tau nama sebenar, IA tu mintak tolong sensor sendiri la yea...)
Perihal: Mintak naik gaji
Bersama dengan ini saya dot...dot...ingin meminta kenaikan gaji dengan alasan-alasan berikut:
-Saya melakukan pekerjaan berhubung dengan keadaan fizikal.
-Saya bekerja di satu daerah pedalaman.
-Saya bekerja dengan menggunakan kepala terlebih dahulu.
-Saya bekerja di tempat yang lembab.
-Saya bekerja di ruang yang gelap dan tidak mempunyai aliran udara yang segar.
-Dan yang paling penting pekerjaan saya ni terdedah kepada penyakit.
Jawapan dari Jabatan Sumber Manusia:
Setelah mempertimbangkan permintaan dan perjanjian
Yang diberikan,kami menolaknya dengan alasan2 yang berikut:
-Anda bukannya bekerja sampai 8 jam pun..
-Kami mendapati anda selalu tertidur selepas melakukan tugas
yang waktunya bukanlah terlalu panjang.
-Anda tidak selalu berada di posisi yang telah di tentukan,
bahkan sering pergi ke tempat lain.
-Anda tidak mempunyai inisiatif,selalu perlu di tekan dan dirangsang
untuk memulakan pekerjaan.
-Anda mengabaikan peringatan kesihatan,dengan tidak menggunakan
pakaian pelindung yang semestinya.
-Anda tidak suka atau malas bekerja dalam dua shift.
-Kamu kadang-kala meninggalkan tempat kerja kamu sebelum
kerja selesai.
-Dan yang paling mustahak adalah,kamu selalu memasuki
dan meninggalkan tempat kerja dengan membawa dua buah
bungkusan yang bentuknya amatlah mencurigakan.
KUANGGGGG...KUAAANGGGG...KUAAANNGGGG....
-
Anang-Separuh Jiwaku Pergi
- Article wrote by beskot cepsmor
- With 0 comments
Memang indah semua
Tapi berakhir luka
Benar ku mencintaimu
Tapi tak begini
Kau khianati hati ini
Kau curangi aku
Selama dengan aku
Itu ucap bibirmu
Kau dustakan semua
Yang kita bina
Kau hancurkan semua
-
40 tip untuk dapat 3K
- Article wrote by beskot cepsmor
- With 0 comments
Ingin berkongsi 40 tip mudah untuk mendapatkan kebahagiaan, ketenangan dan kedamaian.
KESIHATAN
1 Minum banyak air; sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
2 Bersarapan bagaikan seorang Raja, makan tengah
hari seperti seorang Putera dan makan malam umpama seorang pengemis.
Maskudnya, utamakan sarapan, berserdehana ketika makan tengah hari dan
makan sedikit ketika makan malam.
3 Lebihkan makanan daripada tumbuh-tumbuhan dan kurangkan ambil makanan yang diproses.
4 Hidup dengan prinsip 3E (energy, enthusiasm dan empthy)
5 Peruntukan masa untuk bersolat.
6 Lebihkan permainan yang membina minda.
7 Banyak membaca (lebih banyak berbanding tahun lalu)
8 Duduk diam dan bertenang sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari
9 Ambil masa 10 sehingg 30 minit untuk berjalan setiap hari. Pastikan anda tersenyum ketika berjalan.
10 Tidur selama 7 jam.
PERSONALITI
11 Jangan bandingkan diri anda dengan orang lain. Anda sebenarnya tidak tahu mengenai kehidupan orang lain.
12 Jangan buat anggapan negatif mengenai perkara yang berada di luar kawalan. Sebaliknya jana tenaga dalam kehidupan sekarang.
13 Jangan melakukan sesuatu berlebih-lebihan; ketahui had anda.
14 Jangan terlalu memberikan tekanan pada diri sendiri.
15 Jangan bazirkan masa berharga anda untuk bergosip.
16 Bina impian ketika anda sedang berjaga; maka anda akan berusaha untuk merealisasikannya.
17Cemburu adalah perbuatan buang masa. Sedarlah bahawa anda sudah ada apa yang anda perlukan.
18 Lupakan kisah silam yang menyakitkan. Jangan
ungkit kesilapan yang telah dilakukan oleh pasangan. Itu akan
memusnahkan kebahagian anda sekarang.
19 Hidup ini terlalu singkat untuk anda bazirkan dengan menyakitkan hati orang lain. Jadi jangan membenci sesiapapun.
20 Berdamailah dengan masa lalu anda, jadi anda tidak merosakkan masa sekarang anda.
21Tidak ada orang yang boleh menggugat kebahagian anda kecuali diri anda sendiri.
22 Ingatlah bahawa kehidupan ini adalah
‘sekolah’ untuk anda dan di sini anda harus belajar. Masalah adalah
sebahagian daripada kurikulum pembelajaran yang akan datang dan pergi,
tetapi proses pembelajarannya berlangsung sepanjang hayat.
23 Banyakkan senyuman dan tertawa.
24 Anda tidak perlu memenangi semua perdebatan. Bersetujulah untuk tidak bersetuju.
KOMUNITI
25 Selalulah berhubungan dengan keluarga anda.
26 Berikan sesuatu yang baik pada orang lain setiap hari.
27 Maafkan semua orang di atas segala kesalahan.
28 Luangkan masa bersama orang yang berusia lebih
70 tahun dan yang berusia bawah enam tahun (ibu bapa, orang tua dan
anak-anak yang masih kecil)
29 Setiap hari cubalah untuk membuatkan sekurang-kurangnya tiga orang tersenyum.
30 Apa yang orang lain fikirkan mengenai anda, itu bukan masalah anda.
31 Kerjaya anda tidak akan menjaga anda ketika anda
sakit. Sebaliknya keluarga dan rakan-rakan yang akan menjaga anda. Oleh
itu, selalunya ingat mereka.
HIDUP
32 Lakukan perkara yang betul.
33 Singkirkan semua yang tidak berguna, yang tidak cantik dan yang tidak mengembirakan.
34 Ingatlah bahawa Allah akan menyembuhkan segala-galanya.
35 Apa pun, sama ada perkara baik atau jahat ia akan berubah.
36 Tidak kira apapun perasaan anda bagunlah, bersiap dan bersedia.
37 Yakinlah perkara yang baik pasti akan datang.
38 Apabila anda bangun pagi dan anda masih hidup, maka ungkapkanlah
Alhamdullilah (bersyukur kepada Allah).
39 Suara hati anda sentiasa inginkan kegembiraan,
kebahagian dan kedamaian. Maka bergembiralah, carilah kebahagiaan dan
ungkaplah kedamaian.
40 Akhir sekali; Sampaikan kebaikan (termasuk tip yang anda perolehi ini) kepada orang yang anda sayang).




