Kenapa merajuk?
Sebelum kita mengetahui cara untuk memujuk ini, kita harus tahu
apakah menyebabkan seseorang itu merajuk. Seseorang itu merajuk
disebabkan atas beberapa sebab.
1. Cemburu
Ya, ini merupakan faktor utama kenapa
si Dia merajuk. Dia cemburu disebabkan ada sesuatu yang cuba mengambil
anda dari dirinya. Seperti kawan-kawan, pekerjaan, keluarga dan
sebagainya.
2. Tidak dapat apa yang diinginkan
Si Dia menginginkan sesuatu dari anda, tetapi anda tidak memberikannya.
Sebagai contoh, Si Dia ingin memakan roti canai (kenapa pasal roti
canai pulak ni?), tetapi anda tidak mahu, dan anda ingin makan benda
lain. Jadi, si Dia pun merajuk sebab dia hendak jugak makan roti canai.
Payah jugak ni.
3. Orang lain lebih hebat dari dia
Adakalanya dia akan merajuk untuk mendapatkan perhatian dari anda. Dan
kadangkala, si Dia merajuk disebabkan ada sesuatu yang membuatkan dia
berasa marah dan tidak selesa. Untuk mengubat perasaan dia itu, dia
perlukan anda disamping dirinya tetapi dengan cara yang sangat berbeza
— merajuk.
Bagaimana nak pujuk?
Ok. Sekarang ini kita sudah mengetahui sebab kenapa si Dia boleh
merajuk. Dan sekarang bagaimanakah cara untuk memujuknya. Diingatkan,
tips-tips ini bukan langkah-langkah untuk memujuk, cuma sebagai panduan
atau tips sahaja.
1. Terangkan perkara sebenar
Adalah lebih mudah berkata benar dari berdusta. Ceritakan kepada si Dia
apa yang berlaku pada anda dan tanya pada si Dia kenapa dia merajuk.
Berterus teranglah
dalam perhubungan anda. Janganlah berselindung. Dengan mengwujudkan
budaya bertanya dan berkata benar ini, dapat mengeratkan perhubungan
kerana, anda mengambil berat si Dia. Ini juga bermaksud anda
menunjukkan bahawa anda menyayangi dia.
2. Bertolak ansurlah dan bijak dalam membuat keputusan
Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah
sekiranya kita mengalah. Dalam situasi sebegini, anda haruslah bijak
dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya si Dia merajuk dan anda
tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya anda yang tersendiri dalam
memujuk hatinya. Dengan ini, anda kelihatan bijak dalam membuat
keputusan.
3. Ucapkan kata-kata “manis”
Manis tidak semestinya manis bukan? Ketika si Dia tengah merajuk, cuba
anda bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan si Dia, “bucuk”,
“comot”, “manje” dan sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan
ayat-ayat power
anda dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis
seperti yang saya sebutkan tadi. Adalah amat kelakar bagi saya
sehinggakan saya pun sedang tersengih pada ketika ini. ;))
4. Nyanyikan lagu buatnya
Ha…tips ini merupakan bagi saya tips yang paling ultimate.
Kalau ditanya, berapa ramai yang sanggup nyanyi untuk kekasihnya?
Pernah tak anda menyanyikan lagu untuk kekasih anda? Mungkin jawapannya
ramai yang mengatakan tidak. Tetapi, saya pernah. Saya tidak berkata
bohong. Saya pernah dendangkan lagu kepada kekasih saya. Dan kami siap
berkaraoke di dalam phone lagi. Kami berduet bersama-sama. Adakah si
Dia akan tersenyum dan ketawa? Sudah pasti ya. Kerana dapat mendengar
suara buah hatinya menghiburkan dirinya. Tidakkah ianya menggembirakan?
Sudah pasti senyuman terukir di bibirnya.
Seperti yang saya katakan tadi, tips-tips ini bukanya
langkah-langkah tetapi merupakan panduan bagi anda dalam memujuk
pasangan anda. Mungkin ada di antara tips ini tidak sesuai dilakukan
kepada pasangan anda tetapi tips ini mungkin berjaya membuatkan si Dia
tersenyum.